Sabah kaya dengan lokasi pelancongan yang sangat menarik. Dari kawasan pergunungan sehingga ke lautan, Sabah terkenal mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Pelancong-pelancong yang datang ke Sabah wajib mengunjungi  tempat-tempat menarik di Sabah. Antara tarikan utama di Sabah ialah keindahan pantai. Di sini disenaraikan antara pantai-pantai tercantik di Sabah.

1. Pantai Pulau Mabul


Pulau Mabul memang dikenali sebagai salah satu pulau yang cantik di Sabah oleh itu tidak hairanlah jika ia tersenarai dalam ini.

Mempunyai pasir yang putih mengelilingi persisiran pantai serta lautnya yang jernih dan bebas dari kotoran membuatkan anda terpegun dengan kecantikannya.

2. Pantai Pulau Manukan


Di luar persisiran pantai pulau ini ialah kawasan terumbu karang yang sangat cantik serta aktiviti lain yang boleh dilakukan pengunjung seperti 'parasailing' selam skuba, snorkelling dan lain-lain.

Pulau ini juga merupakan yang kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman Malaysia serta turut diktiraf sebagai taman laut negara.

3. Pantai Pulau Mataking


Sangat dikenali sebagai 'syurga penyelam'  seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan namun ia merupakan kawasan persendirian.

Di samping itu, ia juga mempunyai sedikit persamaan dengan pantai di Maldives oleh itu jika anda berkunjung ke Sabah pastikan pantai ini tersenarai dalam destinasi lawatan anda ya.

4. Pantai Pulau Sapi


Air laut dan pantainya sangat jernih ditambah lagi dengan pelbagai aktiviti yang diadakan di pantai membuatkan pengunjung akan merasa terhibur di sini.

Terletak di Taman Tunku Abdul Rahman Sabah, tentu sekali terdapat banyak aktiviti sukan air yang menanti pengunjung yang hadir di pantai ini.

Post a Comment