Sebagai seorang pelancong, Tawau Sabah perlu diambil kira sebagai destinasi pelancongan kerana banyak tempat menarik terdapat di Tawau. Jika mahu berkunjung ke Tawau Sabah, hotel-hotel di Tawau bersedia memberikan penginapan terbaik pada kadar sewa yang sangat berpatutan. Berikut adalah senarai hotel-hotel yang terdapat di Tawau Sabah.


1. Promenade Hotel Tawau
Promenade Hotel Tawau merupakan tempat penginapan bertaraf 4 bintang yang terletak di sebelah Pusat Beli-belah Eastern Plaza. Terdapat restoran mewah di hotel ini iaitu Cafe-7. Tempat letak kereta juga disediakan secara percuma.


2. Heritage Hotel
Heritage Hotel terletak di Pusat Bandar Tawau, dalam jarak 5 minit berjalan kaki dari pusat perdagangan dan perniagaan. Tetamu tidak menghadapi kesukaran untuk mendapatkan restoran kerana hotel ini dikelilingi dengan restoran.


3. Shervinton Executive Boutique Hotel
Shervinton Executive Boutique Hotel terletak hanya dalam jarak 15 minit pemanduan untuk ke Shan Shui Golf Park. Mempunyai bilik yang selesa dan restoran. Bersebelahan dengan pasaraya Milimewa dan tempat membeli-belah. Hotel ini juga berhampiran dengan Bank Islam, RHB Bank dan Maybank.


4. Prince Hotel
Prince Hotel terletak di dalam sebuah bangunan moden di Tawau. Ia mempunyai bilik yang dihias menarik dan selesa serta berhawa dingin sepenuhnya. Kawasan persekitaran mempunyai restoran memudahkan tetamu memilih tempat untuk menjamu selera.


5. May Inn Hotel
My Inn Hotel menyediakan bilik-bilik yang moden dengan alat penyaman udara di Tawau. Berhampiran dengan pasaraya Parkwell dan masjid bandar.


6. De Choice Hotel
Terletak di bandar Tawau, De Choice Hotel berada kira kira 35 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Tawau. Hotel dikelilingi dengan restoran menjadikan tetamu mempunyai pilihan untuk menjamu selera.


7. Kingston Executive Hotel
Terletak hanya 2 km dari Lapangan Terbang Tawau, Kingston Executive Hotel mempunyai bilik-bilik yang moden dan lengkap yang berhawa dingin sepenuhnya. Akses WiFi percuma disediakan di seluruh hotel.


8. Astana Hotel
Astana Hotel menawarkan pilihan bilik-bilik berhawa dingin dengan Wifi percuma di dalam bilik dan kawasan umum. Berhampiran dengan Pasar Besar Tanjung selain menjual sayur-sayuran, ia juga menjual pelbagai jenis barangan seperti ikan kering, bilis, udang kering, pakaian dan pusat UTC.


9. MB Hotel
MB Hotel menyediakan tempat penginapan dengan harga yang berpatutan di Tawau, hanya 2 km dari Lapangan Terbang Tawau. Hotel ini menyediakan tetamu dengan bilik-bilik yang bersih dan selesa.


10. Monaco Hotel
Monaco Dynasty Hotel terletak di Pusat Bandar Tawau, serta menawarkan WiFi percuma. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin. Bilik mandi en suite menyediakan pancuran mandi serta selipar.


11. Rooms
ROOMS yang terletak di Kubota Square menawarkan penginapan yang moden dan bergaya di Tawau. Parking peribadi percuma disediakan di lokasi. Ia berhampiran dengan restoran mewah seperti Old Town, Tea Time, McDonald, KFC. Terdapat juga kemudahan lain yang berhampiran dengan hotel seperti bank, pusat gym, watson dan kedai buku.


12. Kingston Hotel
 Kingston Hotel menyediakan penginapan harga berpatutan yang menawarkan bilik tamu berhawa dingin sepenuhnya dan dilengkapi dengan akses WiFi secara percuma.


13. City Garden Hotel
City Garden Hotel menawarkan penginapan di Tawau. Ia menyediakan WiFi percuma di seluruh premis. Setiap bilik dilengkapi dengan TV skrin rata dan cerek.

Semoga informasi ini dapat membantu perjalanan anda ke Tawau.

Post a Comment