Menurut wikipedia, Semporna merupakan sebuah daerah dan pekan besar di Sabah. Semporna juga merupakan sebuah pulau tapi tidak ramai yang menyedarinya . Pulau Semporna di kelilingi banyak pulau yang menjadi tarikan para pelancong dalam dan luar negara. Antara pulau yang menarik di Semporna ialah Pulau Mabul, Pulau Sipadan, Pulau Bohey Dulang, Pulau Kapalai, Pulau Mataking, dan Pulau Pom Pom. Terdapat juga pulau-pulau di Semporna yang menarik untuk dilawati walaupun ia masih kurang popular seperti Pulau Timba Timba, Pulau Bodgaya, Pulau Sibuan, dan Pulau Bum Bum.

Berikut adalah sedikit informasi tentang pulau-pulau pelancongan ini.

1. Pulau Mabul 



Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara Sabah. Pulau ini kecil dan melengkung dan terdapat banyak jenis batu karang yang menjadi tumpuan pelbagai jenis ikan marin. Dasar yang tidak dalam amat sesuai untuk melakukan aktiviti scuba diving. Pulau ini juga terletak berhampiran dengan Pulau Sipadan iaitu kira-kira 20 minit perjalanan dengan bot. Terdapat pelbagai hidupan eksotik di kawasan scuba seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam, dan rumpai laut.

2. Pulau Sipadan 



Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes committee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia.

3. Pulau Bohey Dulang



Untuk sampai ke Bohey Dulang, Pelancong boleh menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan di Pekan Semporna dan mengambil masa sekitar 30 minit untuk sampai ke destinasi.

Keindahan hiking dan pemandangan dari atas menjadi tarikan utama menarik para pelancong untuk datang.

4. Pulau Kapalai



Kapalai adalah salah sebuah pulau percutian yang terkenal di Malaysia, ia lebih dikenali sebagai pulau resort Selam skuba.

Pulau Kapalai, hanya terletak 15 minit jauh perjalanan dari Pulau Sipadan, merupakan sebuah pulau terindah yang telah diterokai sejak 200 tahun yang lalu, namun kini ia lebih popular dengan kecantikan pasir pantainya yang putih bersih. Berikutan hakisan pasir pantai oleh ombak dan peningkatan aras laut yang semakin ketara, aras ketinggian pulau ini semakin lama dilihat semakin merosot, kini rumah perkampungan terapung hanya terletak diatas lebihan Terumbu Karang Ligitan sahaja. Semua bangunan dan resort yang dibina kini hanya mempunyai tiang pasak dibawah air sahaja.

5. Pulau Mataking



Pulau Mataking terletak di Laut Celebes dan merupakan lokasi bagi para penyelam dimana lokasi yang menarik akan menantik penyelam didasar lauti Pulau Mataking. Terletak hanya 40 minit perjalanan dengan bot dari Pulau Semporna Sabah. Pulau ini mempunyai kemudahan penginapan yang bertaraf bintang dan mewah melengkapi chalet yang menghadap ke laut memberi pandangan yang indah ketika senja menjelang.

Saiz pulau tersebut kira-kira 40 ekar dan terletak di pinggir pelantar benua yang dikelilingi oleh pinggiran terumbu karang keras dan lembut. Pemandangan Tempat ini memang cantik dan suasana yang sungguh tenang.

Perairan di sini yang didiami oleh spesies eksklusif karang seperti staghorn, otak dan banyak lagi. Ikan daun, sweetlips, ikan gobi dan yu paus sekali-sekala berkeliaran di kawasan ini kerana ia di laluan penghijrahan mereka.

Pulau ini terlindung oleh pokok-pokok eksotik. perlindungan ini adalah di mana burung dan rama-rama memilih untuk berehat. ketam kelapa berlari sekitar sibuk di pasir putih.

6. Pulau Pom Pom



Pulau ini terletak di dalam lilitan 2.3 km di garisan air pasang dan terdapat terumbu karang sepanjang 4 km panjang di dasarnya. Pulau ini adalah pasir rata dengan ketinggian maksimum kurang daripada 2m di atas garis HT .

Pulau ini mempunyai pantai karang pasir berwarna putih dan merupakan tapak lokasi penting untuk Green dan Hawksbill sejenis penyu bersarang dan bertelur.Pulau ini tidak mempunyai kampung, kesan manusia yang minimum, tiada pencemaran dan merupakan salah satu destinasi menyelam yang popular di daerah Semporna.

Post a Comment