Tempat Menarik di Ranau
Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu dianggap gunung keramat yang didiami oleh roh-roh nenek moyang kaum KadazanDusun yang tinggal di sini. Melihat dan merasai sendiri pengalaman mendaki gunung kinabalau ini adalah satu pengalaman yang mungkin tidak akan dilupakan. Ianya juga merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu setinggi 4095 meter.
Desa Cattle (Ladang Lembu Mosilou)
Dikenali sebagai Projek Tenusu Desa, ladang yang sejauh kira-kira lapan kilometer (km) dari pekan Kundasang itu memiliki 680 lembu tenusu diusahakan Desa Cattle (S) Sdn Bhd, termasuk baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia
Kolam Air Panas Poring
Mata Air Panas Poring yang terkenal terletak 43 km dari Taman Kinabalu di sempadan sebelah timur. Ia terletak di tanah rendah dan para pelawat boleh memilih untuk berendam di kolam-kolam air panas terbuka atau tertutup. Air panas yang mengandungi sulfur ini dikatakan mempunyai khasiat kesihatan dan mampu menyegarkan badan dan sendi-sendi yang lenguh.
Lagenda Nunuk Ragang
Nunuk Ragang merupakan satu mitos yang berkait rapat dengan masyarakat KadazanDusun. Melalui beberapa kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji budaya, mereka telah berjaya membongkar asal usul masyarakat KadazanDusun. Masyarakat KadazanDusun mempercayai bahawa nenek moyang mereka berasal dari satu tempat yang bernama Nunuk Ragang yang bermakna “Pohon Ara berwarna merah”. Tempat tersebut terletak di satu kawasan hulu Labuk yang pada masa sekarang terletak di Daerah Ranau.
Ladang Tea Sabah
Dengan ladang yang terbentang luas, dikelilingi oleh hutan hujan semula jadi dan udara dingin pergunungan, Ladang Teh Sabah menyambut anda dengan keindahan persekitarannya yang jauh daripada hiruk-pikuk kota. Pemanduan selama 2 jam dari Bandar raya Kota Kinabalu dan 30 minit dari kawasan Pekan Ranau Ladang Teh Sabah megah dengan keindahan latar belakangnya iaitu Gunung Kinabalu.
Kundasang War Memorial
Kundasang War Memorial yang terletak di bahagian belakang deretan kedai pekan Kundasang ini adalah tugu peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Di bawah ini ialah petikan yang tercatat pada tugu peringatan yang dipamerkan di pintu masuk tugu itu.
Taman Negara Kinabalu
Taman Kinabalu yang dibuka pada tahun 1964 merupakan yang tertua dan paling popular di rantau ini. Pada tahun 2000, ia diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia. Ini merupakan pengesahan masyarakat antarabangsa terhadap kekayaan khazanah hutan yang terdapat di Taman Kinabalu.
Tagal, Sungai Moroli, Kg. Luanti
Bayangkan jika anda mandi di sebatang sungai, kemudian datang ikan-ikan yang jinak bermain-main dan mengerumuni anda. Ikan-ikan itu nampak ramah dan bersahabat. Ia boleh mengelus-elus badan anda. Kalau tak percaya, datanglah ke Kampung Luanti Baru , kira-kira 10 km dari Pekan Ranau.
Post a Comment