Berikut merupakan 5 hotel terbaik di Tawau berdasarkan rating daripada pengunjung. Jika anda berkunjung ke Tawau, anda mungkin mempertimbangkan hotel ini sebagai destinasi penginapan anda. Pilihan ada ditangan anda berdasarkan bajet anda. Layari portal Agoda atau Booking.com untuk mendapatkan maklumat lanjut hotel tersebut.

1. Rooms



Terletak di Kubota Square menawarkan penginapan moden dan bergaya di Tawau. Menyediakan tempat letak kereta percuma. Sekitar hotel ini terdapat pelbagai kemudahan seperti restoren moden, kedai runcit, bank dan gym. Lokasi hotel ini sudah tentu di tempat yang paling strategik. Kebanyakan pengunjung memberikan penerapan 8.4 untuk hotel ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Portal Agoda atau Booking.com

2. City Garden Hotel



City Garden Hotel terletak di kawasan Sabindo menawarkan penginapan di Tawau. Semua bilik mempunyai TV berskrin rata dengan saluran satelit dan bilik mandi peribadi. Penginapan ini mempunyai kaunter penerimaan tetamu 24-jam, dan simpanan bagasi untuk tetamu. Soal makan usah risau kerana di hadapan hotel ini terdapat barisan restoran seafood yang paling popular di Tawau.

Dapatkan maklumat lanjut di Portal Agoda atau Booking.com

3. May Inn Hotel



My Inn Hotel terletak di Fajar Center menyediakan bilik-bilik modern dengan penghawa dingin. Hotel ini beroperasi 24 jam, serta menyediakan tempat parkir pribadi dan fasilitas penyimpanan bagasi. Semua bilik dilengkapi TV, fasilitis membuat teh/kopi, dan meja. Bilik mandi dilengkapi shower dan kelengkapan mandi. Mudah mendapatkan makanan sekitar hotel ini kerana ia berhampiran dengan restoran seperti KFC.

Dapatkan maklumat lanjut di Portal Agoda atau Booking.com

4. MB Hotel



MB Hotel terletak di Fajar Center Tawau menawarkan bilik tidur mempunyai penghawa dingin, ruang tempat duduk, televisyen, dan pembuat kopi/teh. Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran, tandas, dan kelengkapan mandi. Menyediakan perkhidmatan kaunter 24 jam sehari. Untuk keselesaan pengunjung, pengunjung boleh di jemput dan dihantar dengan kos tambahan. Pengunjung juga boleh memasan Grabcar, Mycar yang jauh lebih murah berbanding teksi. Jika mahu kelainan menu makanan dari hotel pengunjung mudah mencari restoran kerana di sekeliling hotel ini terdapat banyak restoran mewah.

Dapatkan maklumat lanjut di Portal Agoda atau Booking.com

5. Promenade Hotel Tawau



Promenade Hotel Tawau merupakan hotel bintang bertaraf 4 bintang  yang terletak di samping Eastern Plaza Shopping Centre. Hotel ini menawarkan pusat bisnes, restoran, lounge, dan pub. Cafe@se7en yang terletak di aras 7 menampilkan keindahan pemandangan Bandar Tawau. Anda juga dapat mengunjungi Lobby Lounge dan Deli Corner untuk menikmati malam yang santai.

Dapatkan maklumat lanjut di Portal Agoda atau Booking.com

Post a Comment