Sekali setahun, Kota Belud menjadi tuan rumah kepada Tamu Besar - acara tahunan pada setiap bulan Oktober di mana orang ramai berkumpul di daerah unik ini untuk menyertai perayaan Tamu Besar. Tamu Besar yang bermaksud Big Market - secara harfiah merupakan tamu terbesar yang dianjurkan di seluruh Sabah. Ia adalah masa peniaga keluar dengan barang-barang terbaik mereka dan penduduk tempatan menyerlahkan budaya berwarna-warni Kota Belud.
Pemandangan seperti Cowboys of the East. para penunggang kuda Bajau menunggang kuda dengan kuda mereka dalam kostum mewah, sambil memaparkan kemahiran menunggang kuda mereka yang tiada tandingannya. Tamu besar adalah masa yang hebat untuk menyaksikan sukan tradisional seperti perlumbaan kerbau dan penantian Sarempak / Senisip Beauty Queens.
Berjalan-jalan di pasar tamu setiap hujung minggu pun, Kota Belud cukup ‘juara’ membuatkan para tetamu tidak mahu melepaskan peluang mencari sisi-sisi menarik untuk diabadikan dalam potret kenangan.
Melihat golongan ibu menjual kraf tangan berwarna-warni di samping berpakaian tradisional, indahnya Tamu Pekan Kota Belud dengan kekayaan pelbagai jenis sayuran termasuk ikan-ikan masin dan makanan yang tidak seharusnya dipandang begitu sahaja.
Paling popular, sudah pastinya kuih penjaram. Kata orang juga, walau beli di mana pun, tidak sama rasanya berbanding orang Kota Belud sendiri yang membuatnya. Oleh sebab itulah, Tamu Pekan Kota Belud menjadi lokasi wajib untuk pengunjung membeli kuih penjaram.
Ada juga yang menjual gong dan tidak kurang menawarkan pelbagai jenis parang yang tidak asing bagi masyarakat Bajau di daerah ini.
Di sini, bukan sahaja pelbagai produk yang dijual, dari makanan sehingga ke pakaian dan kelengkapan harian, Tamu Pekan Kota Belud menghimpunkan kepelbagaian etnik dan suku kaum yang cukup harmoni.
Ada yang berkata, untuk mengetahui sesuatu budaya atau gaya hidup masyarakat setempat, cara paling baik adalah berkunjung ke pasarnya. Untuk itu, Tamu Pekan Kota Belud mampu memberikan seribu satu cerita tentang penduduknya. Daripada produk sang petani, penternak dan nelayan, Tamu Pekan Kota Belud menghimpunkan segala-galanya.
Berada di Kota Belud, jangan lupa ke Kampung Nahaba, antara kampung yang ‘berkongsi’ kesegaran air Sungai Wariu. Dikatakan penduduk setempat, Sungai Wariu merupakan antara sungai terpanjang di daerah berkenaan yang memiliki air jernih serta batu-batuan memutih.
Di kampung tersebut, sebuah jambatan gantung dibina bagi menyeberangi Sungai Wariu. Tak dapat digambar dengan kata-kata bagaimana indah dan terpesona ketika meniti jambatan gantung itu di sebalik suasana alam yang begitu menyegarkan.
Di bawahnya, kanak-kanak begitu riang bermandi sungai yang bersih dan jernih. Itulah khazanah yang perlu dipelihara sepanjang zaman agar generasi akan datang dapat menikmati kesegarannya.
Bagi mereka yang menggemari bidang fotografi, Kota Belud sememangnya lokasi terbaik. Mendekati bendang yang meluas, keindahan itu ditambah dengan Gunung Kinabalu yang menjadi latar ‘penambah perisa’ menakjubkan. Di sebalik sungai dan perparitan yang meliuk, puncak Kinabalu nampak indah dan terbit dalam biasan air sungai yang mendamaikan.
Puas menyusuri kampung-kampung yang ‘diselimuti’ kehijauan bendang, apa kata ‘berhijrah’ pula ke Kampung Kuala Abai. Masyhur dengan perkampungan nelayannya, kampung tersebut merupakan penghubung untuk mereka yang mahu bercuti ke Pulau Mantanani selain menempatkan suku kaum Bajau Laut.
Jangan ‘lokek’ untuk bergaul bersama penduduk setempat kerana mereka cukup ramah untuk bercerita uniknya Kuala Abai dan lokasi menarik bagi merakamkan detik-detik indah matahari terbit dan terbenam.
Kala malamnya pula, selepas menikmati makan malam, duduk sahaja di calet-calet di tepi pantai sambil dihiburkan dengan desiran ombak. Usah dilayan pelbagai teknologi komunikasi yang ‘mengganggu’ urusan harian, nikmati keindahan kampung yang diadun pandangan laut meluas serta corak kehidupan masyarakat setempat.
Casino City, NV Reviews - Mapyro
ReplyDeleteCasino City is 사천 출장샵 a vibrant city full of fun 오산 출장안마 to visit and a place to play, and it is also a perfect place to try your 제천 출장안마 luck. Try it on 충청남도 출장샵 your 인천광역 출장마사지 Android or
Post a Comment