Gambar : eTawau |
Pelbagai produk dijual antaranya sayur-sayuran, buah-buahan, produk laut dan kraftangan. Turut dijual di Tamu Tawau adalah pelbagai hasil dari sayur-sayuran hutan, orkid liar, sirip yu kering, buah tropika dan rumpai laut yang boleh dimakan. Tamu Tawau lebih kecil berbanding Pasar Minggu Jalan Gaya Kota Kinabalu.Pasar Minggu Tawau adalah versi tempatan Gaya Street Fair Kota Kinabalu.
Terletak di persimpangan antara Jalan Kuhara dan Jalan Apas, penduduk tempatan memanggil tempat ini Takada.
Banyak peniaga tempatan yang membuka gerai menjual buah-buahan, ayam hidup, daging mentah, makanan tempatan, ikan segar, herba seperti Tongkat Ali, sayur-sayuran, makanan, haiwan peliharaan, ikan peliharaan dan sebagainya.
Sayuran dan buah-buahan merupakan hasil tani peniaga dan oleh sebab itu harganya lebih murah berbanding di pasar raya. Anda boleh tawar menawar soal harga dengan peniaga bagi mendapatkan harga terbaik anda.
Pasaran dibuka setiap hari Ahad seawal pukul 6.00 pagi dan berlangsung hingga 1.00 petang. Sekiranya anda berada di Tawau pada hari Ahad, jangan ketinggalan berkunjung ke Tamu Tawau atau pasaran terbuka ini.
Di sebalik pasar terbuka atau Tamu Tawau, terdapat dua baris bangunan komersial. Tidak jauh dari tapak Tamu Tawau terletak bangunan Eastern Plaza dan hotel Promenade, dan Condo iaitu Kuhara Court. Jika ada menginap di hotel Promenade, anda boleh sampai ke Tamu Takada dalam masa 5 minit berjalan kaki.
Post a Comment