Taman ini pernah memenangi anugerah Tarikan Alam Semulajadi Terbaik pada tahun 2003, inilah cara terbaik untuk menghabiskan percutian anda sekeluarga kalau bukan di taman indah ini. Bukan setakat cantik, malahan, banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat di sini untuk berseronok bersama keluarga seperti berenang, merentas hutan, memancing, memerhati burung, perkhemahan, berkelah, campfire dan lain-lain lagi.

Untuk penginapan yang selesa, anda boleh menginap di chalet yang dibina dengan menggunakan kayu balak dan batuan sungai untuk memberikan pengalaman seperti tinggal di kawasan desa, agak realistik suasana desa di sini. Lebih-lebih lagi, anda dapat melihat buah naga dan macam-macam lagi pokok buah lain yang tumbuh segar di kawasan sekitar. Anda juga berpeluang melihat dan menikmati buah-buahan eksotik yang hanya terdapat di resort ini.

Untuk ke resort ini, anda boleh mengambil bas di terminal Bas Balung atau dengan menaiki teksi. Anda juga boleh membawa kereta sendiri ke resort ini.

Bayaran masuk ke resort ini tidak mahal iaitu RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.

Post a Comment