Pulau Layang-Layang ini terletak agak jauh dari pesisir Sabah iaitu 300 km dari Kota Kinabalu. Kawasan di sekeliling pulau ini sangat jernih dan tidak tercemar sedikit pun kerana kedudukannya yang agak jauh dari sebarang gangguan dan pembangunan. Hati-hati, air di sini turut menjadi tempat jerung berkeliaran. Untuk anda yang suka menyelam, pasti anda berasa seronok dengan panorama laut yang ditawarkan di sini, begitu indah sekali dengan bermacam spesis hidupan yang penuh warna-warni yang dapat dilihat dengan jelas.
Post a Comment