Bercuti bersama keluarga yang ramai atau dengan semua sahabat yang sekepala dengan anda? Salah satu pilihan yang tepat di Ranau adalah T Paradise. Homestay kayu berwarna kelabu ini cukup luas untuk penginapan sekitar 8 orang dewasa. Menyediakan 3 buah bilik tidur dan sebuah ruang tamu yang lengkap dengan 4 katil sofa, pilih sahaja dimana anda mahu tidur.

Di dalam bilik atau di luar bilik, segenap pelusuk T Paradise ini cukup sedap dipandang mata. Dekorasi dalamannya yang menggunakan warna-warna natural dan perabot-perabot kayu berwarna cerah, menyerlahkan aura santai penginapan ini.

Bukan itu sahaja, ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti peralatan bbq dan dapur yang sempurna untuk anda memasak masakan panas. Untuk berhibur pula, TV bersiaran satelit dan pemain DVD turut disediakan.

Namun apa gunanya jika waktu bercuti dihabiskan di depan skrin kaca bukan? Apa kata jika anda menikmati sepuasnya pemandangan dari ruang balkoni homestay ini. Pada waktu malam, anda mungkin dapat melihat pendaki-pendaki Gunung Kinabalu yang dikatakan kelihatan seperti kelip-kelip dari jauh.

Penuh dengan privasi, udara yang segar dan pemandangan yang menyejukkan mata, T Paradise dapat memberikan anda syurga percutian yang diimpikan.

Sumber : www.maisinggah.com

Post a Comment