Jika anda peminat bunga Orkid, jangan melepaskan peluang mengunjungi Taman Orkid yang terletak di seberang Kuching Waterfront.

Terdapat 80,000 orkid yang ada di taman seluas lebih 15 ekar ini, anda perlu menaiki sampan dan menyeberangi sungai Sarawak. Dari tebing jeti Pangkalan Sapi, anda hanya perlu berjalan kira-kira 5 minit sebelum sampai ke pintu masuk Taman Orkid ini.

Antara yang menjadi tarikan di sini termasuklah Orkid Normah iaitu bunga rasmi negeri Sarawak dan beberapa orkid Borneo yang terkenal di dunia.

Post a Comment