Kota Samarahan pada asal hanya sebuah perkampungan kecil yang dikenali dengan nama Muara Tuang yang terletak di tepi sungai. Nama Muara Tuang diambil dari kedudukan penempatan ini yang terletak di antara dua buah sungai iaitu Sungai Tuang dan Sungai Sabang. Pada ketika itu, penemptan ini hanya boleh dihubungi melalui jalan sungai.

Lokasinya yang strategik iaitu hanya 32 km dari Bandaraya Kuching serta peranannya sebagai pusat pentadbiran bahagian Samarahan menjadikan Kota Samarahan telah dilimpahi dengan pelbagai bentuk pembangunan yang paling cepat dalam sejarah negeri Sarawak.

Kota Samarahan dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tinggi di Sarawak. Kewujudan UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak), UiTM (Universiti Teknologi Mara), Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Institut Latihan Perindustrian, Pusat Sumber Sarawak, INTAN dan Giat Mara.

Sesuai dengan Pusat Pendidikan, pada setiap tahun Kota Samarahan dibanjiri oleh pelajar baharu dan ibu bapa menghantar anak untuk pergi mendaftar di pusat pengajian tinggi yang terdapat di Kota Samarahan. Kota Samarahan juga akan dibanjiri orang ramai setiap kali majlis konvokesyen para pelajar yang berjaya menamatkan pengajian.

Setiap kali majlis besar hotel di Kota Samarahan akan menjadi pilihan kerana berhampiran dengan Pusat Pendidikan khususnya keluarga yang bukan daripada Sarawak.

Kota samarahan mempunyai beberapa hotel dan homestay tetapi sentiasa penuh setiap kali majlis pendaftaran pelajar baharu ke pusat pengajian atau majlis konvokesyen. Oleh itu rancang perjalanan supaya perjalan lebih lancar. Book hotel lebih awal secara online melalui booking, agoda, hotelcombined dan sebagainya.

Jika anda merancang menginap di Hotel di Kota samarahan, di sini senarai hotel dan homestay di Kota Samarahan yang boleh di tempah secara online melalui booking, agoda, hotelscombined, agoda dan sebagainya.

Hotel dan homestay di Kota Semarahan :

  1. My Inn Hotel Kota Samarahan
  2. Friendly Homestay, Hourly, Weekly and Monthly.
  3. MY Homestay 
  4. Place2Stay @ Campus Hub


Sekian. Semoga membantu.

Post a Comment